Monday, August 19, 2019
Hari Raya Aidilfitri
Pengalaman beraya di Aidilfitri
Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya telah pulang ke kampung untuk beraya bersama sanak saudara. Semenangnya saya sangat merindui mereka kerana kekangan jarak dan masa menyebabkan sukar untuk kami bersua muka.Sambutan pada tahun ini sangateriah kerana semua dapat pulang bersama keluarga tercinta. Kami memanfaatkan masa yang ada sebaiknya untuk mengeratkan silaturahim. Kami berbual, menyiadakan juadah raya dan mengemas rumah bersama-sama. Keletah kanak-kanak kecil menjadi kan suasana lebih riuh dan meriah.Saya juga belajar cara untuk mengancam ketupat dari pada nenek tercinta. Kami banyak mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan. Saya berharap kami dapat meluangkan lebih banyak masa kelak.
Monday, August 5, 2019
Cuti Hari Raya Haji
Minggu ini merupakan minggu yang paling mengujakan bagi para siswa guru kerana cuti bagi sambutan Hari Raya Haji akan bermula pada hari Khamis ini.Kebanyakan siswa guru telah membuat persediaan awal untuk pulang ke kampung halaman dengan membeli tiket pengangkutan awam seperti bas dan kapal terbang.Kedudukan IPGKDRI yang berdekatan dengan terminal bas UNISZA Dan UMT serta Lapangan Terbang Terengganu memudahkan siswa guru untuk menaiki pengangkutan.Cuti yang agak panjang membuatkan para siswa menyediakan barang keperluan yang banyak untuk pulang.Bilik-bilik di asrama epbagi pelajar PPISMP perlu dibersihkan agar sentiasa kemas sehingga habis cuti.Saya akan pulang ke Pahang pada hari Khamis ini dan menaiki bas bersama dua orang lain rakan saya. Kami akan menaiki bas di Terminal bas Kuala Terengganu pada pukul 2.40.Kami dianggarkan tiba di Terminal Sentral Kuantan pada pukul 7.30 malam.Saya sangat teruja untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga.Saya sangat merindui suasana di kampung halaman.Saya juga akan pulang ke rumah datuk dan nenek di jengka untuk meraikan Hari Raya Haji bersama saudara mara.Saya akan meluangkan masa yang ada sebaiknya dan membahagikan masa untuk menyiapkan kerja kursus dan berehat di rumah.Saya juga semestinya sangat merindui masakan ibu saya. Such a wonderful week for me! Can't wait to going home soon..
Subscribe to:
Posts (Atom)
REFLEKSI INDIVIDU
PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA Saya merupakan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjan...
-
Nama saya ialah Anis Aisyah binti Anuar. Umur saya 18 tahun. Saya pernah belajar di Sk Chedong Jaya Dan SMK Seri Jengka. Kini saya menuntut ...
-
saya homesick.sekian
-
PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA Saya merupakan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjan...