Minggu ini merupakan minggu yang paling mengujakan bagi para siswa guru kerana cuti bagi sambutan Hari Raya Haji akan bermula pada hari Khamis ini.Kebanyakan siswa guru telah membuat persediaan awal untuk pulang ke kampung halaman dengan membeli tiket pengangkutan awam seperti bas dan kapal terbang.Kedudukan IPGKDRI yang berdekatan dengan terminal bas UNISZA Dan UMT serta Lapangan Terbang Terengganu memudahkan siswa guru untuk menaiki pengangkutan.Cuti yang agak panjang membuatkan para siswa menyediakan barang keperluan yang banyak untuk pulang.Bilik-bilik di asrama epbagi pelajar PPISMP perlu dibersihkan agar sentiasa kemas sehingga habis cuti.Saya akan pulang ke Pahang pada hari Khamis ini dan menaiki bas bersama dua orang lain rakan saya. Kami akan menaiki bas di Terminal bas Kuala Terengganu pada pukul 2.40.Kami dianggarkan tiba di Terminal Sentral Kuantan pada pukul 7.30 malam.Saya sangat teruja untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga.Saya sangat merindui suasana di kampung halaman.Saya juga akan pulang ke rumah datuk dan nenek di jengka untuk meraikan Hari Raya Haji bersama saudara mara.Saya akan meluangkan masa yang ada sebaiknya dan membahagikan masa untuk menyiapkan kerja kursus dan berehat di rumah.Saya juga semestinya sangat merindui masakan ibu saya. Such a wonderful week for me! Can't wait to going home soon..
No comments:
Post a Comment