PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA
Saya merupakan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan(PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali. Semasa
mengikuti PPISMP kami para siswa diwajibkan mengambil kursus Kesihatan Diri dan
Kecergasan sehingga tamat program. Kami juga diperuntukkan untuk menjalani
Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) dan Bleep Test. Motif ujian
ini dilakukan adalah untuk mengukur tahap kecergasan fizikal para siswa secara
berperingkat.Melalui kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan selama dua bulan,
saya telah menuntut banyak ilmu serta pengetahuan baru yang tidak pernah belajar semasa berada di sekolah
rendah mahupun menengah. Siswa dikehendaki mengikuti segala aktiviti yang
dilakukan dan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.
Ujian ini perlu dilakukan sebanyak dua kali setahun dan dikenali sebagai
pre-test dan post-test. Ujian SEGAK dan Bleep Test merangkumi
lima elemen penting dalam GKK iaitu ketahanan otot,kekuatan
otot,kelenturan,daya tahan kardiovaskular, dan (Indeks Jisim Badan) BMI. Unit TESL 1 PPISMP telah melakukan ujan SEGAK
dan Bleep Test bagi Pre-Test pada 11 Julai 2019 dan 11 September 2019. Pada
ujian pertama saya telah menjalani semua aktiviti dan keputusan juga
direkodkan. Antara ujian dalam SEGAK ialah naik turun bangku, ringkuk tubi
separa, tekan tubi, dan jangkauan melunjur. Dalam Pre-Test saya mendapati diri
saya cepat letih,lesu dan tidak mempunyai stamina yang mencukupi kesan daripada
gaya hidup tidak sihat yang dijalani sepanjang tempoh cuti selepas SPM tahun
lalu.Saya meninggalkan aktiviti sukan yang sering dilakukan semasa sekolah
menengah.
Catatan BMI Pre-Test saya adalah adalah 17.8 yang terdiri daripada berat
45 kg dan tinggi 159 cm. Ukuran BMI itu menunjukkan komposisi badan saya berada
dalam keadaan kurang berat badan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan perubahan
persekitaran saya menetap sekarang iaitu IPG. Saya mengalami pengurangan berat
badan kerana kurang selera makan dan tidak makan mengikut waktunya. Manakala catatan BMI Post-Test saya
adalah 19 dengan berat 48.1 kg dan tinggi 159 cm. BMI saya berada dalam paras
normal kerana saya telah dapat menyesuaikan diri di IPG dan mengatur semula
jadual pemakanan saya menyebabkan berat badan kembali normal.
Untuk ujian naik turun bangku
Pre-Test, kadar denyutan nadi saya adalah 120 denyutan dalam masa seminit dan
meningkat kepada 137 denyutan dalam masa seminit. Ujian naik turun bangku
meliputi elemen ketahanan otot dan kekuatan otot. Peningkatan ini menunjukkan
bahawa metabolisme saya dan stamina saya semakin lemah kerana saya tidak mampu
mengawal pernafasan dengan baik.
Selain daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot saya juga telah dipertingkatkan.
Contohnya, pada Pre-Test, saya hanya boleh tekan tubi sebanyak 30 kali seminit,
kemudian saya memaksa diri sendiri untuk mencapai target yang ditetapkan dengan
melakukan 4 kali tekan tubi pada setiap
minggu.Pada Post-Test, saya berjaya mendapat tekan tubi sebanyak 37 kali
seminit tanpa henti.
Ujian ringkuk tubi separa peringkat Pre-Test saya mencapai 16.Aktiviti
ringkuk tubi separa menggabungkan ketahanan otot dan kekuatan otot. Mnakala
bagi Post-Test adalah 17 sahaja. Berlaku peningkatan minima kerana saya tidak
melatih diri untuk melakukan ringkuk tubi separa dengan kerap. Saya mengambil
remeh tentang aktiviti ini dan ia merupakan kelalaian sendiri.
Seterusnya,saya mendapati kelenturan badan saya semakin baik hasil
daripada latihan jangkauan melentur yang dilakukan sentiasa di dalam bilik
dengan bantuan rakan sebilik walaupun tanpa alatan yang betul. Buktinya semasa
Pre-Test,jangkauan melunjur saya ialah 36 cm dan Post-Test pula 39 cm.
Peningkatan sebanyak 3 cm ini masih membanggakan saya kerana usaha dilakukan
membuahkan hasil akhirnya.
Akhir sekali,aktiviti yang paling memenatkan bagi saya saya iaitu
Bleep-Test. Saya merupakan atlet olahraga semasa sekolah rendah dan sekolah
menengah. Acara sukan yang paling saya minati juga adalah berlari. Oleh itu,
Bleep-Test saya agak memberangsangkan. Bleep-Test bagi Pre-Test saya ialah 4.7
dan Post-Test pula adalah 5.3.Pusingan larian yang meningkkat hasil latihan
larian dan jogging sebanyak 3 kali seminggu. Saya juga menetapkan had masa
semasa latihan bagi mencapai target.
Ujian SEGAK dan Bleep Test yang diwajibkan ini menyedarkan saya betapa
pentingnya konsisten dalam bersukan. Saya Berjaya mengubah gaya hidup yang
tidak sihat kearah lebih baik.Oleh itu,saya tidak menganggapnya sebagai bebanan
kepada semua siswa.