Pada bulan lepas, saya dan rakan-rakan mengikuti program community clean up bagi membersihkan kawasan rekreasi terkena di terengganu iaitu masjid terapung. IA merupakan kali pertama saya melihat masjid terse but. Saya sangat mengagumi seni bina nya yang tampak klasik. Kawasan persekitaran masjid pula bercirikan British style. Panorama di situ sangat memukau pandangan saya. Masjid tersebut berdekatan dengan pantai. Malangnya kawasan Pantai itu agak kotor kerana dicemari sampah sarap. Kami mengutip sampah sarap yang bertaburan dan mengumpulkannya untuk memudahkan tugas pekerja majlis perbandaran. Selepas selesai tugasan itu, kami bersiap-siar di sekitar masjid dan makan bersama. Saya cuba menghampiri tasik berdekatan sungai dan mendapati terdapat bau yang kurang enak datang ya dari arah tasik tersebut. Kami bertolak pulang ke IPG pada pukul 1 tengah hari. Saya berharap dapat mengikuti program sebegini lagi dan saya juga berharap masyarakat dapat mengekalkan kebersihan kawasan rekreasi agar boleh menarik perhatian pelancong luar.
No comments:
Post a Comment