Saturday, September 21, 2019

REFLEKSI INDIVIDU


PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA

    Saya merupakan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali. Semasa mengikuti PPISMP kami para siswa diwajibkan mengambil kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan sehingga tamat program. Kami juga diperuntukkan untuk menjalani Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) dan Bleep Test. Motif ujian ini dilakukan adalah untuk mengukur tahap kecergasan fizikal para siswa secara berperingkat.Melalui kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan selama dua bulan, saya telah menuntut banyak ilmu serta pengetahuan baru yang  tidak pernah belajar semasa berada di sekolah rendah mahupun menengah. Siswa dikehendaki mengikuti segala aktiviti yang dilakukan dan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.
     Ujian ini perlu dilakukan sebanyak dua kali setahun dan dikenali sebagai pre-test dan post-test. Ujian SEGAK dan Bleep Test merangkumi lima elemen penting dalam GKK iaitu ketahanan otot,kekuatan otot,kelenturan,daya tahan kardiovaskular, dan (Indeks Jisim Badan) BMI.  Unit TESL 1 PPISMP telah melakukan ujan SEGAK dan Bleep Test bagi Pre-Test pada 11 Julai 2019 dan 11 September 2019. Pada ujian pertama saya telah menjalani semua aktiviti dan keputusan juga direkodkan. Antara ujian dalam SEGAK ialah naik turun bangku, ringkuk tubi separa, tekan tubi, dan jangkauan melunjur. Dalam Pre-Test saya mendapati diri saya cepat letih,lesu dan tidak mempunyai stamina yang mencukupi kesan daripada gaya hidup tidak sihat yang dijalani sepanjang tempoh cuti selepas SPM tahun lalu.Saya meninggalkan aktiviti sukan yang sering dilakukan semasa sekolah menengah.
    Catatan BMI Pre-Test saya adalah adalah 17.8 yang terdiri daripada berat 45 kg dan tinggi 159 cm. Ukuran BMI itu menunjukkan komposisi badan saya berada dalam keadaan kurang berat badan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan perubahan persekitaran saya menetap sekarang iaitu IPG. Saya mengalami pengurangan berat badan kerana kurang selera makan dan tidak makan mengikut waktunya. Manakala catatan BMI Post-Test saya adalah 19 dengan berat 48.1 kg dan tinggi 159 cm. BMI saya berada dalam paras normal kerana saya telah dapat menyesuaikan diri di IPG dan mengatur semula jadual pemakanan saya menyebabkan berat badan kembali normal.
     Untuk ujian naik turun bangku Pre-Test, kadar denyutan nadi saya adalah 120 denyutan dalam masa seminit dan meningkat kepada 137 denyutan dalam masa seminit. Ujian naik turun bangku meliputi elemen ketahanan otot dan kekuatan otot. Peningkatan ini menunjukkan bahawa metabolisme saya dan stamina saya semakin lemah kerana saya tidak mampu mengawal pernafasan dengan baik.
    Selain daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot saya juga telah dipertingkatkan. Contohnya, pada Pre-Test, saya hanya boleh tekan tubi sebanyak 30 kali seminit, kemudian saya memaksa diri sendiri untuk mencapai target yang ditetapkan dengan melakukan 4 kali tekan tubi  pada setiap minggu.Pada Post-Test, saya berjaya mendapat tekan tubi sebanyak 37 kali seminit tanpa henti.
    Ujian ringkuk tubi separa peringkat Pre-Test saya mencapai 16.Aktiviti ringkuk tubi separa menggabungkan ketahanan otot dan kekuatan otot. Mnakala bagi Post-Test adalah 17 sahaja. Berlaku peningkatan minima kerana saya tidak melatih diri untuk melakukan ringkuk tubi separa dengan kerap. Saya mengambil remeh tentang aktiviti ini dan ia merupakan kelalaian sendiri.
    Seterusnya,saya mendapati kelenturan badan saya semakin baik hasil daripada latihan jangkauan melentur yang dilakukan sentiasa di dalam bilik dengan bantuan rakan sebilik walaupun tanpa alatan yang betul. Buktinya semasa Pre-Test,jangkauan melunjur saya ialah 36 cm dan Post-Test pula 39 cm. Peningkatan sebanyak 3 cm ini masih membanggakan saya kerana usaha dilakukan membuahkan hasil akhirnya.
    Akhir sekali,aktiviti yang paling memenatkan bagi saya saya iaitu Bleep-Test. Saya merupakan atlet olahraga semasa sekolah rendah dan sekolah menengah. Acara sukan yang paling saya minati juga adalah berlari. Oleh itu, Bleep-Test saya agak memberangsangkan. Bleep-Test bagi Pre-Test saya ialah 4.7 dan Post-Test pula adalah 5.3.Pusingan larian yang meningkkat hasil latihan larian dan jogging sebanyak 3 kali seminggu. Saya juga menetapkan had masa semasa latihan bagi mencapai target.
    Ujian SEGAK dan Bleep Test yang diwajibkan ini menyedarkan saya betapa pentingnya konsisten dalam bersukan. Saya Berjaya mengubah gaya hidup yang tidak sihat kearah lebih baik.Oleh itu,saya tidak menganggapnya sebagai bebanan kepada semua siswa.












Monday, September 2, 2019

rumah

saya homesick.sekian

makanan

Saya lapar.Kalau anda ada makanan sila bagi saya ya.
helo semua.Nak berkenalan tak?

Lagu

Waktu pertama kali
Kulihat dirimu ha

Diri saya

Nama saya ialah Anis Aisyah binti Anuar. Umur saya 18 tahun. Saya pernah belajar di Sk Chedong Jaya Dan SMK Seri Jengka. Kini saya menuntut di IPG Dato Razali Ismail, Terengganu. Hobi saya adalah membaca dan menyanyi. Buku kegemaran saya ada lah bertemakan fiksyen. Contoh nya Harry Potter. Penyanyi kegemaran saya pula ialah Dalia Farhana. Saya sering melihat video nyanyiannya di YouTube. Beliau ada lah seorang yang sangat berbakat dan mempunyai suara yang sangat merdu. Makanan kegemaran saya ialah ikan patin masak tempoyak.

Masjid terapung

Pada bulan lepas, saya dan rakan-rakan mengikuti program community clean up bagi membersihkan kawasan rekreasi terkena di terengganu iaitu masjid terapung. IA merupakan kali pertama saya melihat masjid terse but. Saya sangat mengagumi seni bina nya yang tampak klasik. Kawasan persekitaran masjid pula bercirikan British style. Panorama di situ sangat memukau pandangan saya. Masjid tersebut berdekatan dengan pantai. Malangnya kawasan Pantai itu agak kotor kerana dicemari sampah sarap. Kami mengutip sampah sarap yang bertaburan dan mengumpulkannya untuk memudahkan tugas pekerja majlis perbandaran. Selepas selesai tugasan itu, kami bersiap-siar di sekitar masjid dan makan bersama. Saya cuba menghampiri tasik berdekatan sungai dan mendapati terdapat bau yang kurang enak datang ya dari arah tasik tersebut.  Kami bertolak pulang ke IPG pada pukul 1 tengah hari. Saya berharap dapat mengikuti program sebegini lagi dan saya juga berharap masyarakat dapat mengekalkan kebersihan kawasan rekreasi agar boleh menarik perhatian pelancong luar. 

REFLEKSI INDIVIDU

PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA     Saya merupakan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjan...